Hazrat 'Umar menceritakan ,"Pada suatu hari Rasulullah telah mengarahkan kami untuk mengorbankan harta di jalan Allah. Kebetulan pada masa itu saya mempunyai sedikit harta. Saya telah berkata sendirian, "Kebetulan pada ketika ini aku mempunyai harta. Sekiranya ada peluang untuk aku mengatasi Hazrat Abu Bkar maka inilah masanya."
Setelah berfikir sedemikian, dengan perasaan gembira saya pulang ke rumah dan saya telah membawa separuh daripada harta yang ada di rumah. Rasulullah SAW telah bertanya, "Apakah yang telah kamu tinggalkan untuk keluarga kamu ?"
Saya telah menjawab, "Ada sedikit."
Rasulullah SAW bertanya lagi, "Berapa kamu tinggalkan ?"
Saya menyatakan, "Saya tinggalkan separuh."
Hazrat Abu Bakar Siddiq telah membawa kesemua harta yang ada di dalam rumah beliau. Rasulullah SAW bertanya, "Abu Bakar, apakah yang kamu tinggalkan untuk keluargamu ?"
Beliau menjawab, "Saya tinggalkan Allah dan Rasul untuk mereka." Yakni beliau tinggalkan keberkatan nama Allah SWT dan RasulNya serta keredaannya untuk keluarga beliau.
Hazrat 'Umar berkata, "Sekali-kali saya tidak akan dapat mengatasi Hazrat Abu Bakar.
Tengok bagaimana keperibadian sahabat Baginda untuk berbelanja di jalan Allah. Sekarang ? Manusia lebih bangga bila belanja untuk keluarkan album, maljis kahwin yang gempak lah. Walaupun kita tidak mungkin akan seperti sahabat Baginda, tanamlah sifat ke arah itu. Disitu, niat yang suci akan menggerakkan hati kita untuk beramal kebaikan.
Ustaz Adam pernah berkata, "Latih lah diri kita untuk menderma. Sedekah lah satu ringgit sehari sekurang kurangnya. Dari situ, kita akan merasai kemanisan sedekah."
.jpg)
No comments:
Post a Comment