Thursday 19 March 2015

Betapa bagusnya pemikiran .

ni gambar hiasan jeh. hahaaa . lama tak update , ntah busy pape .

nak crita tentang pemikiran budak 7 tahun tersangat bagus kalo kita yg dewasa ni ceggitu jugak . ni kisah benar . pasal anak sedara aku .

time nak gi kenduri , mak aku (nenek) si budak ni acah acah . sebelum intro sikit . nama budak ni (anak sedara aku lah) raja wijdan al-alusi bin hazwan . mesti pelik en? ye lah , ayh dia (abang aku) ustaz . ayh dia belajar jordan . sbb tu nama jadik kearaban sikit .

ni conversation sebelum pegi kenduri . aku try translate keyyel eh walaupun aku takberapa pandai ckp keyyel .

mak tok (panggilan cucu mak aku kpd mak aku) : wijdan , meh ikut mak tok       kenduri ?
wijdan   : nak .
mak tok : kalo mak tok nak gi ceni (acah acah takpakai tudung), boleh tak ?
wijdan   : eee , japg org lain tgk ckp mak tok tak malu lah itu lah ini lah .

then , mak aku gelak jeh . Allahu , bijak nya pemikiran . wanita diluar bagaimana kamu boleh membuang mahkota kepala mu sedangkan budak sebesar ini pandai pikir logik akal walaupun belum mengenal agama sepenuhnya . fikir fikirkan lah . hinanya kit disisi Allah Taala .  

Friday 19 December 2014

Nikmat Kurniaan Allah

Hai selamat malam . Waduh . Sweet tak ? Bongok . Salam tak apa tak . Hahaha .
Assalamualaikum . Sihat ? Nampak makin berisi jeh , maklum lah cuti pun panjang . Masa pun panjang nak isi perut tu ye . Hahaa . Sory lama tak update . Malam ni nak kongsi cerita sikit . Haish , jangan fikir pelik ni cerita time pagi tapi saja nak kongsi time malam . Saja nak adakan mood pagi . Tak gitu ? Haha

Pagi tadi nak jadikan cerita . Perghhh , liat gila aku nak bangun . Tapi taktahu mood dari mana datang jadi rajin nak gi masjid . Lepas subuh ada kuliah . Ustaz ni boleh dikira ensem lah dalam katogeri veteren . Haha . Suara pun merdu jeh , kalau Taylor Swift dengar . Kompem dia ambik ustaz ni jadi suami . Jadi Ustazah Taylor nanti . Makk aih , dah lari topik pulak aku . Ni kisah ustaz tu citer .

Pagi tu , ketua kontraktor pegi lawat bangunan yang telah dibina oleh konco konco nya atau lebih tepat di M'sia ni mat bangla yang keje buat rumah tu tapi ni bangunan eh . Hahahaa . lepas tu ketua tadi tu ada kat atas bangunan , tinggi dalam 6 tingkat kot . Lepastu dia jerit lah nak panggil koli kat bawah sana . Jerit punya jerit , mat bangla tu tak dengar . Suara ketua tu punya lah kuat kalau The Rock dengar , mesti dia bagi free free jeh tali pinggang WWE kat ketua ni . Haha . Lepastu dia pun baling lah duit syiling kat bawah tepat jatuh kat sebelah mat bangla nih . mat bangla ni toleh kiri toleh kanan takde orang tengok . jadi dia pun ambik ah celuk dalam poket . HAK MILIK . haha . betuah punya bangla . ketua punya lah pening kat atas ni . Lepastu ketua ni ambik batu sebesar duit 20sen baling , kena kepala koli dia ni . Then mat bangla tadi baru dongak yang sebenarnya ketua dia lah yang panggil dia disebabkan suara tak dengar.

okay apa yang kita boleh ambik dari kisah ketua dgn mat bangla kat sini . jeng jeng jeng . haha macam anugerah skrin pulak . kita ni manusia sering leka bila Allah bagi nikmat , main ambik je tak kira halal haram . berbalik kisah tadi mat bangla ambik duit syiling tadi . lepastu bila Allah bagi musibah baru lah kita nak bertaubat nak berdoa lah apa bagai . mat bangla baru dongak bila dibaling batu . kan ? macam sekarang tengok sekejap aje Allah nak bagi musibah kat manusia . banjir yang teramat dasyat gitu . semoga kita menjaga Allah dan mensyukuri segala nikmat yang diberi olehNya dengan cara yang betul .
Babai :)
Selamat malam .

Tuesday 9 December 2014

Berlumba untuk menderma

 Hazrat 'Umar menceritakan ,"Pada suatu hari Rasulullah telah mengarahkan kami untuk mengorbankan harta di jalan Allah. Kebetulan pada masa itu saya mempunyai sedikit harta. Saya telah berkata sendirian, "Kebetulan pada ketika ini aku mempunyai harta. Sekiranya ada peluang untuk aku mengatasi Hazrat Abu Bkar maka inilah masanya."
 Setelah berfikir sedemikian, dengan perasaan gembira saya pulang ke rumah dan saya telah membawa separuh daripada harta yang ada di rumah. Rasulullah SAW telah bertanya, "Apakah yang telah kamu tinggalkan untuk keluarga kamu ?"
               Saya telah menjawab, "Ada sedikit."
               Rasulullah SAW bertanya lagi, "Berapa kamu tinggalkan ?"
               Saya menyatakan, "Saya tinggalkan separuh."
 Hazrat Abu Bakar Siddiq telah membawa kesemua harta yang ada di dalam rumah beliau. Rasulullah SAW bertanya, "Abu Bakar, apakah yang kamu tinggalkan untuk keluargamu ?"
 Beliau menjawab, "Saya tinggalkan Allah dan Rasul untuk mereka." Yakni beliau tinggalkan keberkatan nama Allah SWT dan RasulNya serta keredaannya untuk keluarga beliau.
 Hazrat 'Umar berkata, "Sekali-kali saya tidak akan dapat mengatasi Hazrat Abu Bakar.


 Tengok bagaimana keperibadian sahabat Baginda untuk berbelanja di jalan Allah. Sekarang ? Manusia lebih bangga bila belanja untuk keluarkan album, maljis kahwin yang gempak lah. Walaupun kita tidak mungkin akan seperti sahabat Baginda, tanamlah sifat ke arah itu. Disitu, niat yang suci akan menggerakkan hati kita untuk beramal kebaikan.
 Ustaz Adam pernah berkata, "Latih lah diri kita untuk menderma. Sedekah lah satu ringgit sehari sekurang kurangnya. Dari situ, kita akan merasai kemanisan sedekah."

Tuesday 2 December 2014

Ujian



Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun.” – Hadith riwayat Imam Tirmizi


 Ya betul . Masalah ni banyak cabang,  kekadang masalah menimpa anak kita dan sebagainya. Jadi apa yang perlu kita titikberatkan ialah bagaimana cara kita menjawab masalah itu. Menjawab?  Bagaimana cara kita atasi masalah itu. Kalau exam soalan tanya '2+5=?' mesti kita jawab '7' . Tu exam kita boleh jawab betul. Takkan ujian Allah , tak. Malu lah dengan budak budak pondok walaupun diorang kurang pengetahuan akademik tapi diorang tahu bagaimana nak atasi masalah. Tak gitu?